Vanida terselamat dari maut kereta Mini Cooper nya terbakar

Pelakon, Vanidah Imran terselamat selepas terbabit dalam kemalangan apabila kereta Mini Cooper yang dipandunya tiba-tiba terbakar, dekat Sungai Besi, awal pagi tadi. 

Suami Vanidah, Rashidi Ishak ketika dihubungi BH Online sebentar tadi memaklumkan Vanidah terbabit dengan nahas kira-kira jam 3 pagi ketika dalam perjalanan pulang dari penggambaran drama di Serdang. 

"Dia tak apa-apa, masih tidur lagi. Alhamdulillah dia terselamat daripada sebarang kecelakaan. Cuma sedikit trauma dengan apa yang terjadi. Kereta itu memang rosak dan hancur teruk selepas terbakar," kata Rashidi.



Beliau berkata, isterinya sendiri tidak sedar kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar. Sejurus dihubungi isterinya, Rashidi bergegas ke tempat kejadian.

"Punca kereta boleh terbakar tidak diketahui dan kami menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan. Kami juga sudah membuat laporan polis di Puchong," katanya. 

Kereta yang dipandu Vanidah itu dimenangi ketika beliau dan suami menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama yang disiarkan stesen Astro pada tahun 2007.- BH


0 Response to "Vanida terselamat dari maut kereta Mini Cooper nya terbakar "

Catat Ulasan