5 Gambar : Kilang fucuk paling jijik di Shah Alam di arah tutup

Sebuah kilang yang terletak di Kampung Melayu Subang, Shah Alam itu mendapat notis perintah tutup oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 8 hingga 22 April kerana beroperasi dalam keadaan terlalu kotor dan menjijik kan.

Loya betul tekak melihat beberapa keping gambar yang tersebar di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kilang membuat fucuk tauhu.



Mana taknya, tahap kebersihan kawasan sekitar kilang pembuatan makanan itu tidak diselenggara dengan baik sehingga ia terlalu kotor dan jijik.
Kalau diikutkan, ia berkemungkinan telahpun beroperasi kembali andai pihak kementerian tidak menyambung notis penutupannya.
Apa-apapun, situasi seperti ini merupakan refleksi kepada pihak kilang yang tidak menjaga kualiti produknya, dan sebagai pengguna, masyarakat harus bijak untuk menilai sama ada patut terus membeli ataupun memboikot.- MNH

0 Response to "5 Gambar : Kilang fucuk paling jijik di Shah Alam di arah tutup "

Catat Ulasan