Penaung Persatuan Cina Islam Malaysia (Macma) Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, sami berketurunan Cina berusia 66 tahun itu merupakan antara dua individu yang diislamkan dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, Krubong di sini hari ini.

Menurutnya, usaha tersebut memperlihatkan perkembangan syiar Islam yang baik di negara ini.
“Kaum Cina merupakan kaum yang begitu strategis, mereka berkebolehan dalam pelbagai bidang terutamanya ekonomi dan apabila adanya pendakwah menyebarkan Islam dalam kalangan mereka, saya rasa ia satu usaha yang begitu murni dan mulia.

“Dengan kerjasama semua pihak, diharapkan akan lebih ramai yang faham tentang Islam dan seterusnya jatuh cinta terhadap agama ini.