3Gambar : Akhirnya Afdlin tewas di peluk ileana .. get well soon Dada

" Akhirnya tewas juga. Tq ileana kerana menidurkan dada " - Dada


Gambar Afdlin dan ilena di katil hospital mengujakan sesiapa yang melihat nya kasih sayang seorang anak pada ayah nya yang sedang sakit yang mana Afdlin terlena dalam pelukan anak perempuan nya .. Sweet sangat .. 

Ileana Matin Shauki
Pelakon dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki, 44, disahkan menghidap demam denggi dan kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Gleneagles di sini sejak kelmarin.
Perkara itu disahkan oleh pembantu peribadinya, Marcella yang memberitahu, hero filem Soal Hati itu dikawal rapi oleh doktor dan beliau memerlukan rehat secukupnya untuk kembali sihat.
Katanya, Afdlin mula mengadu tidak sihat sejak seminggu lalu, namun beliau dibawa ke pusat perubatan tersebut kelmarin kira-kira pukul 4 petang selepas badannya terasa amat lemah.
“Pada awal dimasukkan ke hospital, suhu badannya mencecah 40 darjah Celsius. Awal pagi tadi (semalam), suhu badannya turun kepada 37.7 darjah Celsius tetapi naik semula kepada 37.9 darjah Celsius.
“Apa yang lebih membimbangkan apabila keadaan platlet darah Afdlin semakin rendah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya, akibat demam denggi itu, Afdlin terpaksa membatalkan beberapa aktiviti dalam jadual seninya termasuklah program Super Spontan All Star yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat lalu. -BS

0 Response to " 3Gambar : Akhirnya Afdlin tewas di peluk ileana .. get well soon Dada "

Catat Ulasan