6 Gambar : Mayat dalam tong dram disimen di percayai Anthony Kevin Morais ?

Subang Jaya : Mayat yang belum dikenal pasti identiti dijumpai dalam keadaan disimen dalam tong dram di USJ1 berhampiran Persiaran Subang Mewah, di sini, pagi tadi.

Mayat itu ditemui di lokasi di mana Pegawai dan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) berada di situ, dipercayai ada kaitan dengan kes culik Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.




Kronologi kehilangan Anthony Kevin Morais

4 September; Morais dilaporkan keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. 

Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal. Davveen menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat. 

5 September; Petugas Balai Polis Hutan Melintang terima laporan, orang awam jumpa sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Nombor enjin dan casis kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord itu didapati dirosakkan. Kenderaan itu sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia dilaporkan hilang.

KERETA yang ditemui terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali 5 September; Davveen memaklumkan pada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang. 

6 September; Polis minta bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd untuk mengenal pasti kenderaan yang ditemui terbakar untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya. Hingga kini polis tiada sebarang kepastian. 

Polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang (OH). Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

9 September; Tersebar khabar angin mayat Morais ditemui di Sungai Klang namun polis menafikan perkara itu. Polis mengesahkan Morais dilarikan orang berdasarkan pemeriksaan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan yang disyaki digunakan Morais. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik. 14 September; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. 

Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan. Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan oleh suspek. SEPASUKAN pegawai dan anggota polis diketuai Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) menjalankan pemeriksaan di satu lokasi di Subang Jaya. 

Foto Mohd Yusni Ariffin 16 September; 6 pagi - Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong yang disorok di kawasan semak, berjaya dikeluarkan kira-kira jam 8 pag

8.45 pagi - Sepasukan anggota bomba dengan satu jenteranya tiba di lokasi kejadian. 8.55 pagi - Anggota STAFOC beredar dari lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda. 9.15 pagi - petugas media dan orang awam mula memenuhi kawasan kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 8.41 pagi dan sepasukan sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya ke lokasi kejadian.

"Ada mangsa yang tertimbus di dalam tong dram dan kerja bantuan memecahkan konkrit sedang dilakukan anggota bomba.

"Mayat mangsa masih belum dikenal pasti sehingga kini," katanya. HM,BH

0 Response to "6 Gambar : Mayat dalam tong dram disimen di percayai Anthony Kevin Morais ? "

Catat Ulasan