4 Gambar : Demi isteri suami sanggup masak makanan untuk setahun

Kerana sayangkan isteri, suaminya telah memasak dan menyediakan makanan yang mencukupi bagi keperluan wanita itu selama setahun.

Zhao, seorang guru di sebuah sekolah menengah, berkahwin dengan suaminya, Yin Yunfeng, seorang anggota tentera yang bertugas di negara Tibet.

Yin yang hanya pulang ke rumah setahun sekali saja, memasak dan menyediakan makan yang telah disejuk bekukan bagi tempoh setahun. Zhao hanya perlu memanaskan makanan itu menggunakan ketuhar setiap kali dia ingin makan.

Difahamkan, Yin terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu isterinya kerap makan mi segera. Yin mengambil inisiatif memasak pelbagai jenis makanan dan menyimpannya dalam kontena serta disejuk-bekukan.


Menurut Zhao, tugasnya sebagai seorang guru menjadikan dia sangat sibuk dan tidak mempunyai masa untuk memasak. Zhao hanya makan makanan segara apabila suaminya pulang bercuti sekali setahun.

"Walaupun saya telah bersedia mengahwininya, namun ia bukan mudah untuk menghadapinya kerana setiap kali cuti suami saya berakhir, saya akan menangis. Tetapi saya akan terus memberikan sokongan terhadap kerjayanya sebagai seorang anggota tentera.

Yin juga membeli banyak makanan ringan dan menyimpannya di setiap ruang di rumah mereka.

Yin berharap Zhao akan menghabiskan kesemua makanan itu dalam masa setahun sebelum dia kembali semula ke rumah mereka. - thehypemedia

Related Posts :

0 Response to "4 Gambar : Demi isteri suami sanggup masak makanan untuk setahun"

Catat Ulasan