Gara-gara memaparkan senarai menu makanan dengan istilah berunsur l*cah di premis mereka, sebuah warung di sini dikecam Forum Komunikasi Ahli Psikologi Pusat Kesihatan (Puskesmas) Sedaerah Sleman yang menganggap penggunaan istilah itu tidak sesuai digunakan.
Menurut Kompas.com, warung itu, Kedai 24 yang terletak di Jalan Damai, Ngaglik, Sleman menerima bantahan daripada forum itu menerusi saluran broadcast (BC) Black Berry Messenger (BBM).
Antara nama-nama menu kontroversi yang mengundang kecaman adalah P*lacur (Pemusnah Lapar Cukup Rasional), Peniz (Spesial Nasi Sosej), Sodomie (Semangkok olahan Indomie) dan Gigolo (Gerombolan Nasi Goreng Sesuka Lo).
Senarai menu itu dianggap tidak sesuai dan berbau l*cah oleh ahli psikologi daripada forum itu.
Dalam bantahannya, forum itu menulis: “Assalamualaikum Bapak Ibu... Mohon bantuannya, untuk bersama-sama beramar ma’ruf nahi munkar (menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi yang dilarang), menyelamatkan anak-anak kita semua daripada p*rnografi.
“Saat ini, kami dari forum komunikasi ahli psikologi Puskesmas sedaerah Sleman merasa resah dengan usaha Kedai 24 yang menggunakan konsep menu ‘lucah’ di setiap nama pada makanan dan minuman yang dijual.
“Sehingga kami merasa perlu membetulkan konsep tersebut. Saat ini, kami sedang berupaya agar pemilik Kedai 24 yang salah satunya berada di Jalan Damai, untuk mengubah konsep warung dalam bentuk nama menu makanan, minuman, serta hiasan dalamannya menjadi lebih sesuai. Kami masih menunggu supaya pemilik melakukan perubahan’’.
Sementara itu, pemilik Kedai 24 diberi tempoh sehingga dua minggu untuk menukar senarai menu makan itu dengan pemilik kedai sudah menyatakan persetujuan bagi menukar senarai menu tersebut yang akan diawasi Badan Pembinaan Keamanan Dan Ketertiban Masyarakat (Babinkamtibmas).
“Sudah ada pertemuan dengan kedua-dua belah pihak. Pemilik kedai dan Forum Komunikasi Ahli Psikologi Puskesmas Sedaerah Sleman yang mengadakan pertemuan di PPA Polis Sleman dan hasilnya, pemilik berjanji untuk mengubah nama-nama itu,’’ kata ketua unit polis Sleman, Aiptu Eko Mei. - Utusan Online
lagi gambar ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<
BalasPadam