Berehat lah dengan tenang Sayang - Al fatihah

Kisah tragis yang menimpa arwah adik Nurhayada Sofia Musa sememangnya menggemparkan, kisah kanak-kanak yang berusia 6 tahun ini yang pada mula nya amat gembira bersama ibu dan adik ke pusat beli belah berakhir tragedi.

Apatah lagi saat apa yang berlaku berjaya dirakam CCTV di pusat beli belah tersebut, semamang nya amat menyedihkan  serta menduka cita kan semua orang.

Begitu juga ibu nya yang di kritik dengan teruk sekali di media sosial akibat dari kecuaian dari nya menjaga anak-anak.
Ibu arwah adik Nurhayada serta adik nya di Hospital 
Dalam kejadian pukul 3.04 petang itu, mangsa, Nurhayada Sofia Musa, 6, dipercayai terjatuh dari jarak ketinggian mencecah 70 meter atau setinggi enam tingkat selepas terhumban dari aras dua pusat berkenaan ke aras parkir yang terletak di aras B2.
Apa-apa pun perkara sudah berlaku adik Nurhayada telah pergi menghadap ilahi sama-sama kita doakan agar roh nya dicucuri rahmat semoga syurga menanti mu sayang, Amin dan semoga ibu nya tabah dengan apa yang berlaku dan ini dapat dijadikan pengajaran untuk semua ibu bapa.

1 Response to "Berehat lah dengan tenang Sayang - Al fatihah "

  1. Sesiapa yang minat memasak try
    http://amazing-tm5.blogspot.com/
    pasti Terbaik

    BalasPadam