Penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT II), Mohd. Anis Faron Ahmad ditahan polis selepas tamat perlawanan membabitkan pasukannya dengan tuan rumah di Stadium Bandaraya di sini malam tadi.
Penahanan itu dipercayai berpunca daripada tindakan tidak profesional pemain berkenaan yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pasukan keselamatan yang bertugas.
Difahamkan, Mohd. Anis Faron, 33, ( Gambar ) memaki hamun anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ketika berjalan masuk ke bilik persalinan.
Menurut sumber, pengurusan JDT II telah memohon maaf dan mahu insiden berkenaan tidak diperbesarkan serta merayu supaya pemainnya tidak ditahan.
“Bagaimanapun, Mohd. Anis tetap ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya. - Utusan Online
0 Response to "Penjaga Gol JDT II di tahan Polis maki hamun FRU "
Catat Ulasan