Penternak Lembu dan Gadis Istimewa Bawa Pulang RM 100, 000 Pelamin Fantasia

Penternak Lembu dan Gadis Istimewa Bawa Pulang RM 100, 000 Pelamin Fantasia | Akhirnya juara musim pertama Pelamin Fantasia menjadi milik pasangan Syawal dan Fiqa. Mereka telah memenangi pakej tajaan perkahwinan berjumlah RM 100, 000.

Penternak Lembu dan Gadis Istimewa Bawa Pulang RM 100, 000 Pelamin Fantasia

Kemenangan pasangan ini menjadikan pasangan pendidik Fadly dan Diyana di tempat kedua. Syawal atau Muhammad Syawaluddin Ghazali 26, kelihatan terkejut di saat juri mengumumkan namanya sebagai juara musim pertama ini.

Lelaki berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan seorang penternak lembu menyertai Pelamin Fantasia bersama tunangnya Norafiqah Ma Hassan 24, atau Fiqa seorang gadis istimewa yang mengalami masalah pendengaran.

Perkahwinan mereka yang bakal diadakan pada 13 Jun bakal menyaksikan tema ‘Garden Wedding’ yang di taja selepas memenangi pertandingan ini.

sumber
http://ift.tt/1KTkXCz

0 Response to "Penternak Lembu dan Gadis Istimewa Bawa Pulang RM 100, 000 Pelamin Fantasia"

Catat Ulasan