Masaalah Disiplin Libatkan Periuk Nai - Syazwan Zulkifli

Masaalah Disiplin Libatkan Periuk Nai - Syazwan Zulkifli | Bakat Syazwan Zulkifli dalam bidang lakonan sememangnya tiada siapa yang mampu menafikan. Berilah apa sahaja watak kepadanya terutamanya watak-watak antagonis, pasti sahaja dapat disempurnakan dengan baik.

Masaalah Disiplin Libatkan Periuk Nai - Syazwan Zulkifli

Namun sayang sekali apabila namanya tidak hanya dikenali kerana itu tetapi lebih kepada gosip cinta dan masalah disiplin yang seringkali dikaitkan dengan dirinya. Mengakui kecewa dengan situasi itu, Syazwan mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati.

"Saya sendiri tidak faham apabila orang terus-terusan mengaitkan saya dengan cerita-cerita negatif yang begini. Mengada-adakan cerita yang tidak ada dan adakalanya tidak masuk akal langsung. Misalnya cerita yang mengaitkan saya ada hubungan dengan orang itu dan ini.

"Ketika mula berdepan dengan situasi ini dulu, saya tertekan juga, tetapi lama-lama saya sudah tidak ambil kisah. Ini  kerana saya tahu jika cerita itu tidak betul, benda itu akan senyap sendiri.

"Begitu juga dengan masalah disiplin yang dikaitkan dengan saya. Ia melibatkan soal periuk nasi saya dan saya anggap ia sebagai sesuatu yang serius. Manakan tidak, bila keluar cerita macam itu, mesti orang takut nak bekerjasama dengan saya.

"Sebenarnya saya banyak bekerja dengan orang-orang yang sama. Mereka tahu komitmen saya macamana. Kalaulah benar saya seorang yang tidak berdisplin, mana mungkin mereka masih  mahu mengambil saya bekerjsa dengan mereka," tegasnya yang baru sahaja tampil dengan filem terbaru, 'Gamatisme'.

sumber
http://ift.tt/1IsDvcs

0 Response to "Masaalah Disiplin Libatkan Periuk Nai - Syazwan Zulkifli"

Catat Ulasan