Selamba tunjuk tempat anak jiran dibunuh sambil hisap rokok |
Suspek berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Li mengaku mencekik Zhou Shijie hingga mati kerana mangsa berebut permainan dengan anak lelakinya, lapor akhbar People Daily.
Pembunuhan itu berlaku 23 Ogos lalu ketika Shijie pergi ke rumah suspek untuk bermain dengan anaknya di bandar Yibin, tengah China.
Bapa dua anak itu dan keluarga mangsa berjiran dan juga rakan rapat.
Sebelum kejadian, Shijie keluar dengan datuknya sebelum dia merayau sendirian dan pergi ke rumah keluarga Li.
Pada mulanya, keluarga Shijie menyangka kanak-kanak itu hilang.
Namun, rakaman kamera keselamatan di kawasan perumahan itu menunjukkan mangsa pergi ke rumah jirannya dan tidak pernah keluar selepas itu.
Li ditangkap sehari selepas kejadian apabila keluarga kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis.
Ketika disoal siasat Li mengaku mencekik Shijie hingga mati kerana terlalu marah selepas mangsa menolak anaknya ketika berebut permainan. - Agensi
sumber
http://ift.tt/1L1C0W7
0 Response to "Lelaki Bunuh Anak Jiran Kerana Berebut Mainan Dengan Anaknya"
Catat Ulasan