Nabila Tak Perlukan Kontroversi

Nabila Tak Perlukan Kontroversi : Seringkali terpalit dengan kontroversi dan juga tohmahan peminat, bagi Nabila Huda, dia tidak memerlukan kontroversi kerana bagi Nabila, bakat adalah perkara penting dan juga berharga sebagai seorang pelakon.

Nabila Tak Perlukan Kontroversi

 “Saya tidak perlu kontroversi. Cukup sekiranya saya hanya dihargai melalui bakat sahaja. Jika benar ada yang mahu kontroversi silakan, tetapi saya memang tidak perlu,” katanya jujur kepada Utusan Malaysia.

Bagi Nabila, dia mempunyai harapan untuk mendidik serta mengubah cara pemikiran dan juga pandangan peminat yang banyak terarah memandang perkara negatif berbanding perkara positif terhadap selebriti.

“Bagaimanapun sepatutnya kita perlu mengubah cara pemikiran peminat yang selalu mempunyai persepsi buruk mengenai artis. Sebab itu kontroversi sebenarnya tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada mana-mana artis,” katanya.

Selain itu menurut Nabila lagi, pengalaman lalu juga mengajar dirinya agar berhati-hati untuk berkongsi bersama peminatnya sambil menyatakan bahawa dia berniat untuk memastikan tahun ini dirinya bebas daripada sebarang gosip.

sumber
http://ift.tt/1St83zM

0 Response to "Nabila Tak Perlukan Kontroversi"

Catat Ulasan