Raja Azmi Rasa Bersalah Kisah Silam Di Ketahui Cucu

Raja Azmi Rasa Bersalah Kisah Silam Di Ketahui Cucu : Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman berhasrat untuk membersihkan namanya daripada segala kontroversi yang pernah melanda demi kebaikkan cucu-cucunya.

Raja Azmi Rasa Bersalah Kisah Silam Di Ketahui Cucu

Raja Azmi, 56, berkata, dia enggan menimbulkan sebarang konterversi lagi pada masa hadapan kerana akan berasa bersalah jika cucu-cucunya mengetahui kisah silam yang pernah berlaku dalam hidupnya selama ini.

"Jika boleh saya ingin membersihkan nama daripada sebarang kontroversi kerana cucu saya semakin membesar dan tidak lama lagi mereka sudah pandai membaca serta menggunakan Internet.

"Saya akan berasa bersalah jika mereka tahu kisah silam saya dahulu jadi kini saya ingin membersihkan nama dengan memperbanyakkan cerita lebih positif," katanya.

Raja Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dirinya yang kini kian aktif dalam melakukan kerja amal untuk menjernihkan namanya daripada terus dilabel sebagai wanita kontroversi.

Tambah Raja Azmi, dia mengakui segala kontroversi yang pernah melanda dirinya dahulu banyak memberi pengajaran dalam lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.

"Bila difikirkan semula segala kontroversi yang melanda, saya rasa perkara tersebut adalah ketentuan daripada Allah dan ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

"Ia juga adalah pengajaran besar dalam hidup dan menjadikan saya lebih dekat kepada Allah serta mencari bekalan untuk akhirat.

"Kalau tidak ada kontroversi yang berlaku sebelum ini mungkin sehingga sekarang saya masih belum sedar diri mengenai apa sebenarnya terjadi," katanya.

Dalam pada itu, Raja Azmi menjelaskan dia kini sedang aktif melakukan kerja amal di bawah Kesatuan Usaha Wanita Islam Kuala Lumpur untuk membantu anak muda mendapatkan kerja serta membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

"Selain ingin membantu golongan muda yang sedang mencari pekerjaan, badan amal ini juga turut menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan," katanya.

sumber
http://ift.tt/1BmC0NE

0 Response to "Raja Azmi Rasa Bersalah Kisah Silam Di Ketahui Cucu"

Catat Ulasan