Pegawai Polis Wanita Maut Di Langgar Mat Rempit | Seorang pegawai penguat kuasa trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang meninggal dunia selepas dirempuh mat rempit dalam Ops Roda/Rempit di Km 58, Jalan Batu Pahat-Mersing awal pagi tadi.
Beliau meninggal pada 12.45 tengah hari di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.
Mangsa sebelum ini dilapor berada dalam keadaan kritikal di hospital. Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad, berkata jenazah Inspektor Margaret Tagum anak Goen, 32, telah dituntut suaminya, Leon anak Bahak, 37, untuk disemadi di Bau, Sarawak.
Ketika kejadian 2.40 pagi itu, Tagum sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota trafik dan pasukan sukarelawan polis.
Seorang daripada sekumpulan Mat Rempit yang datang dari arah Mersing menuju bandar Kluang telah merempuh pegawai itu ketika mereka cuba meloloskan diri dari sekatan itu.
Rempuhan itu menyebabkan Tagum patah tangan, tulang pinggul dan kaki selain mengalami pendarahan dalaman. Rusli yang diiringi Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham turut melawat mendiang di hospital.
Beliau berkata, penunggang yang berumur 17 tahun itu dapat ditahan selepas dia terjatuh dari motosikalnya manakala enam rakannya yang melarikan diri turut ditahan kemudian.
Katanya, semua mereka yang berumur antara 14 hingga 20 tahun itu didapati tidak mempunyai lesen dan dipercayai sedang berlumba ketika kejadian. Menurut Rusli, semua mereka kini direman selama empat hari.
Sementara itu Leon yang juga anggota tentera di Kem Mahkota melahirkan merasa terkilan kerana isterinya dilanggar ketika menjalankan tugas. Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lepas.
sumber
http://ift.tt/1g3C5vn

0 Response to "Pegawai Polis Wanita Maut Di Langgar Mat Rempit"
Catat Ulasan