Kisah Seorang Anak Yang Cekal Menjaga Ibu & Abangnya Pengidap Kanser

Kisah Seorang Anak Yang Cekal Menjaga Ibu & Abangnya Pengidap Kanser : Dari FB Norazmira Mohamad

Kisah Seorang Anak Yang Cekal Menjaga Ibu & Abangnya Pengidap Kanser

Menitis airmataku dikala pergi ke rumah customer yg ingin mendapatkan perkhidmatan pesuruhjaya sumpah bagi ibunya yang ingin memohon bantuan ilat socso.

Petang tadi...dia ke pejabatku...mengatakan ibunya ingin memohon bantuan ilat socso..tetapi ibunya tidak dapat hadir kerana sakit terlantar... Justeru aku menawarkan diri utk ke rumahnya pada waktu malam kerana akuan sumpah perlu dilakukan oleh deponen sendiri.

Dijemput masuk ke rumahnya yang gelap...hanya 1 lampu sahaja yang terbuka.. Dijemputnya lagi utk menemui Ibunya di dalam bilik yang gelap untuk cap jari pada surat akuan...terkejut dan kasihan apabila melihat ibunya yang terlantar di atas katil hospital yang disewa dan bernafas menggunakan bantuan mesin oksigen.

Rasa ingin tahu membuak-buak dalam hati ini...satu persatu soalan aku ajukan kpdnya...dia menceritakan..ibunya adalah penghidap kanser payudara...setelah mendapatkan rawatan...kanser tersebut telah hilang...

Namun kanser tersebut telah kembali semula dan paling menyedihkan bila bukan hanya kanser payudara sahaja tetapi doktor telah kenalpasti kanser tulang tahap 4 pada ibunya..

Semakin menyedihkan lagi bila dia bukan sahaja menjaga ibunya tetapi dia juga perlu menjaga abangnya yang turut menghidap kanser tulang...

Bantuan yang diterima tidak mencukupi kerana terpaksa membayar bil elektrik yang tinggi kerana mesin oksigen yang digunakan ibunya...

Melihatkan rumah sewanya yang serba kekurangan...menitis lagi airmataku...

Ya Allah..kuatkan & tabahkanlah hati hambaMu ini yang bernama Ina... 

Aku tidaklah semampu mana untuk membantunya...tapi aku akan cuba mencari bantuan untuknya...mohon semua agar kita sama2 memberi bantuan padanya.

Untuk bantuan...sila hubungi Cik Ina 0176117761

Atau boleh beri sumbangan ke
Public bank
4717990605
Zariana bt Baharin

Atau boleh menziarahi keluarganya di alamat
No. 10E, Jalan Permata 4,
Taman Harta Pertama,
Bukit Baru, 75150 Melaka.

Kisah Seorang Anak Yang Cekal Menjaga Ibu & Abangnya Pengidap Kanser

Kisah Seorang Anak Yang Cekal Menjaga Ibu & Abangnya Pengidap Kanser

Kisah Seorang Anak Yang Cekal Menjaga Ibu & Abangnya Pengidap Kanser

0 Response to "Kisah Seorang Anak Yang Cekal Menjaga Ibu & Abangnya Pengidap Kanser"

Catat Ulasan