Tan Sri Omardin Meninggal Dunia, Jenazah Selamat Di Kebumi

Tan Sri Omardin Meninggal Dunia, Jenazah Selamat Di Kebumi | Pendekar Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital Tawakal awal pagi tadi, akibat komplikasi buah pinggang.

Tan Sri Omardin Meninggal Dunia, Jenazah Selamat Di Kebumi

Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia berusia 74 tahun itu meninggal dunia pada 3.20 pagi selepas 15 hari menerima rawatan di hospital itu, kata anak Allahyarham, Senator Datuk Megat Zulkarnain.

"Sebelum ini arwah ada menghidap barah tulang, daripada barah itu dia mengalami komplikasi buah pinggang dan sudah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal selama 15 hari," katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Raja Azizah Raja Ahmad Shah dan dua anak lelaki.

Sementara itu, jenazah alahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Jalan Gombak, Gombak, 4 petang tadi.

Jenazah dibawa ke Kompleks Lincah Mahaguru Omardin di Taman Sunway, Batu Caves untuk dimandikan dan disembahyangkan selepas solat Zohor sebelum dikebumikan.

Antara yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim dan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia(PESAKA) Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.

Tan Sri Omardin Meninggal Dunia, Jenazah Selamat Di Kebumi

Allahyarham Omardin dipilih sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia pada Julai 2011.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perhimpunan PSSLM bersempena 50 tahun pertubuhan itu.

Anugerah khas itu diwujudkan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika itu sebagai pengiktirafan tertinggi negara kepada bidang seni mempertahankan diri.

sumber
http://ift.tt/1QInTJn
http://ift.tt/1GclTP5

0 Response to "Tan Sri Omardin Meninggal Dunia, Jenazah Selamat Di Kebumi"

Catat Ulasan