Mayat Jung In Ah Dalam Keadaan Hancur Ketika Di Temui

Mayat Jung In Ah Dalam Keadaan Hancur Ketika Di Temui. | Mayat pelakon dan model Jung In Ah yang hilang sejak 13 Jun lalu selepas melakukan aktiviti payung terjun di daerah Goheung, Selatan Jeolla, Korea akhirnya ditemui.

Mayat Jung In Ah Dalam Keadaan Hancur Ketika Di Temui
Antara gambar terbaru dan terakhir Jung In Ah
Allkpop melaporkan, mayat aktres berusia 35 tahun itu ditemui pasukan penyelamat tiga hari kemudian bersama payung terjunnya yang terapung di perairan pantai berhampiran.

In Ah atau nama sebenarnya Jung Hye Young dilaporkan menghadapi kesulitan sebelum gagal membuat pendaratan dengan baik ditambah faktor cuaca yang agak buruk ketika kejadian.

Media turut melaporkan keadaan mayat penyanyi itu berada dalam keadaan hancur ketika ditemui.

Ini bukan kali pertama In Ah melakukan aktiviti berkenaan kerana sejak setahun lalu dia aktif dalam sukan payung terjun selain sering berkongsi gambarnya bersama peminat.

Aktress Korea Selatan Mati Kerana Skydive

Selain lakonan dan peragaan, pelakon itu turut dikenali sebagai pengajar yoga dan pilates selain mempunyai latar belakang pendidikan membanggakan dari Universiti Kebangsaan Seoul.

sumber
http://ift.tt/1BtRtvd

0 Response to "Mayat Jung In Ah Dalam Keadaan Hancur Ketika Di Temui"

Catat Ulasan