5 Gambar : Foto B-ogel Miley Cyrus dedah S-eksualiti Sebenar

Jika sebelum ini Kim Kardashian membuat kejutan menerusi penampilannya berbogel dalam majalah gaya hidup, Papermag. Kali ini bintang Disney penuh kontroversi, Miley Cyrus pula mengikut jejak langkah Kim K namun dengan foto-foto yang lebih berani.
Pelantun lagu The Wrecking Ball itu tanpa segan silu mempamerkan bentuk tubuh badan tanpa pakaian dan diconteng dengan warna berlainan seperti biru dan ungu.
Menerusi temuramah Papermag, remaja berusia 22 tahun itu mengaku mengambil sikap terbuka apabila berbicara mengenai seksualitinya.
“Saya sangat terbuka dan bersetuju jika ianya tidak melibatkan haiwan dan mereka yang sudah berumur.



“Apa sahaja perkara yang tidak menyalahi undang-undang, saya akan lakukan dengan mereka yang sudah dewasa yang berumur 18 tahun ke atas,” jelas Miley Cyrus.
Terdahulu Miley pernah menjalani hubungan cinta dengan pelakon Liam Hemsworth  dan terbaru bersama anak  Arnold Schwarzenegger iaitu Patrick.
Miley turut menjelaskan tidak kisah untuk menjalani hubungan istimewa dengan lelaki atau wanita.
Malah sewaktu berumur 14 tahun, Miley pernah membuat pengakuan terhadap ibunya bahawa dia sangat mengagumi kaum wanita dengan cara yang berbeza.
“Ibu bertanya kepada saya apa maksud kamu mengagumi dengan cara  yang berbeza. Saya mencintai kaum wanita sama seperti dengan budak-budak lelaki yang lain.
“Semestinya sukarnya untuk dirinya memahami maksud yang cuba disampaikan. Dia cuba untuk tidak memandang serong  dan dalam masa yang sama dia tidak mahu saya dihumban neraka. Tetapi saya percaya dia tetap mempercayai saya lebih daripada mempercayai tuhan.
“Saya minta supaya dia menerima saya seadanya,” ujar gadis yang turut dikenali dengan nama Hannah Montana. - Astro gempak 

0 Response to "5 Gambar : Foto B-ogel Miley Cyrus dedah S-eksualiti Sebenar"

Catat Ulasan