Sayu : Mayat bergelimpang dalam kemalangan ngeri di LPT2 Pagi tadi (8Gambar)

Tiga orang maut dalam satu kemalangan membabitkan empat buah kereta di Kilometer 313.7,Kerteh-Kijal di Lebuhraya Pantai Timur 2, kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Kemalangan berpunca daripada kereta Toyota Vios yang dipandu laju sebelum hilang kawalan, lalu terbabas dan terbalik.









Bagaimanapun 3 buah kereta dari arah yang sama gagal mengelak kereta Toyota Vios terbabit lalu turut merempuh mangsa.

Punca kematian disebabkan kenderaan ketiga, iaitu Honda Civic yang dipandu laju dan terbabas, lalu merempuh mangsa yang ketika itu berada di lorong kecemasan.

Lagi maklumat kemalangan ini > 
Tiga termasuk dua wanita maut dalam kemalangan membabitkan empat kereta di Kilometer 313.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) arah selatan di Kerteh, 8.50 pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah dua kakitangan bank di Dungun iaitu Siti Nur Alifah Md Yusuf, 27, dan Tan Lee Lee, 47, manakala seorang lagi, Azuddin Draman @ Muda, 45, kakitangan bank di Kuantan, Pahang.

Kemalangan itu dikatakan berpunca daripada Toyota Vios yang dinaiki dua wanita itu terbabas dan terbalik.

Proton Waja dipandu seorang lelaki dan Hyundai dipandu Azuddin gagal mengelak sebelum merempuh Vios terbabit.

Ketika Azuddin, Siti Nur Alifah dan Lee Lee berada di lorong kecemasan, kereta Honda Civic terbabas dan melanggar ketiga-tiganya.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Al-fatihah Credit TV3 , Harian Metro

0 Response to "Sayu : Mayat bergelimpang dalam kemalangan ngeri di LPT2 Pagi tadi (8Gambar)"

Catat Ulasan