Sadis : Lelaki alami masalah mental tetak 5 kanak-kanak sampai mati (7Gambar)

Empat budak dan seorang budak perempuan berusia antara lima bulan hingga lapan tahun mati ditetak oleh seorang lelaki yang mengalami masalah mental daerah Chai Prakarn Chiang Mai manakala ibu kepada tiga daripada kanak-kanak itu, cedera.
Menurut The Nation, lelaki itu, Asapa Siwua, 22, dibebaskan dari hospital di Chiang Mai sebulan lalu, masuk ke dalam rumah dengan membawa pisau besar lalu menetak kepala dan leher kanak-kanak terbabit. Mereka dikenal pasti sebagai Wasant Sae Ying, Aaref Sae Ying, Singju Sae Ying, Hao Sang Sae Ying dan Theerawut Denwipailertlam.
Yikor Sae Jern, ibu kepada dua budak anak budak perempuan yang dibunuh, luka dari muka hingga ke telinga. Dua lagi budak yang menjadi mangsa ialah anak saudara Yikor dan anak jirannya.
AP melaporkan, jurucakap polis Leftenan Kolonel Sombat Kalasuk berkata, lelaki itu menjadi berang dengan bunyi bising dari rumah jirannya iaitu rumah mangsa lalu mengambil pisau sepanjang 47 sentimeter di dapur dan pergi ke rumah berkenaan dan membunuh kanak-kanak terbabit.
Tiga kanak-kanak yang menjadi mangsa ditemui dalam rumah manakala seorang lagi ditemui berhampiran pagar di luar rumah. Budak kelima mati di hospital.
Selepas melakukan pembunuhan itu, lelaki berkenaan masuk ke dalam rumahnya dan penduduk kemudian mengepung rumah berkenaan.
Apabila polis tiba dan membawa keluar lelaki itu, penduduk menyerangnya hingga dia cedera. - Agensi Credit Eberita
Thailand
Gambar kelima mangsa ditetak lelaki masalah mental
12039570_530183300482813_6252933441819228792_n
11143476_530183367149473_6624779303670392167_n
12065608_530183327149477_1238266420070066752_n
12042613_530183343816142_4044884772053096551_n
12039689_530183357149474_1302760826691888014_n
12072616_530183313816145_6724825539216671981_n

0 Response to "Sadis : Lelaki alami masalah mental tetak 5 kanak-kanak sampai mati (7Gambar)"

Catat Ulasan