Biarpun padat dengan jadual seninya, itu bukan alasan buat penyanyi dangdut kelahiran Indonesia Cita Citata untuk mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak.
Buktinya, Cita cuba meluangkan masa untuk menjaga bapanya yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Santosa Bandung International.
Gambar Cita yang kelihatan sugul bersama bapanya turut menarik perhatian peminat hiburan yang rata-rata memberi kata-kata sokongan dan menzahirkan rasa bersimpati.
Dalam keadaan letih, Cita yang popular menerusi lagu ‘Sakit Tuh Di Sini’ masih kelihatan menarik mengenakan T-shirt dan berseluar jeans.
Dalam pada itu, Cita yang berkongsi perasaan sedih mengenai bapanya menerusi laman Instagram turut memohon kepada peminat agar dapat mendoakan kesihatan bapanya.
Seorang pengguna menulis: “@cita_citata yang sabar. Allah selalu mengabulkan doa seorang anak untuk orang tuanya.. love u.
Siapa sangka, Cita yang sering kali mencetuskan kontroversi dan sinonim dengan penampilan seksinya merupakan anak yang baik.
Kita doakan moga bapa Cita Citata kembali sihat seperti sedia kala. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "3 Gambar : Ayah tetap di utama kan oleh si jelita Cita Citata "
Catat Ulasan