Akibat terlalu teruja ketika membuat pementasan teater Baik Punya Cilok, pelakon, penerbit dan pengarah Hans Isaac mengalami kecederaan tulang belakang yang serius apabila terjatuh semasa beraksi di pentas Istana Budaya di sini kelmarin.
Hans yang terbabit dengan teater Baik Punya Cilok yang sedang dipentaskan di situ mengalami kemalangan sewaktu babak pembukaan pentas pada malam ketiga pementasan tersebut.
Menerusi laman Instagram milik pelakon berusia 43 tahun itu, dia memuat naik gambar sedang terbaring di atas katil serta wayar di tangannya, malah kelihatan lemah dan berada dalam kesakitan yang teruk. - BS
0 Response to "Hans Isaac cedera tulang belakang terjatuh di pentas"
Catat Ulasan