Pasar raya di Bangi di dakwa berkaitan GST harga mahal

Shah Alam :  Pengarah syarikat Trencell Sdn Bhd yang memiliki Jaya Grocer, Ting Pooi Guan, 59, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi atas tuduhan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. 

Pasar raya itu menjadi premis perniagaan pertama di Malaysia dihadapkan ke mahkamah membabitkan akta berkenaan, didakwa melakukan kesalahan menjual kacang bendi dengan margin keuntungan sebanyak RM6.60 iaitu dari RM3.10 kepada RM9.70 di antara 3 Januari hingga 20 Januari lalu di premis Jaya Grocer di Lot C8, Ground Floor, Block A, Bangi Gateway Shopping Complex, Bandar Baru Bangi. 

Mahkamah menetapkan 9 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula. - Berita Harian


0 Response to "Pasar raya di Bangi di dakwa berkaitan GST harga mahal "

Catat Ulasan