Ketua Polis Selangor Abdul Samah turut menggesa orang ramai berhenti daripada menyebar gambar-gambar mayat mangsa yang belum dipastikan kebenarannya di laman sosial.
"Masyarakat masa kini suka untuk menjadi yang pertama menyebarkan gambar atau maklumat berkaitan mangsa walaupun belum dapat disahkan lagi kebenaran dakwaan yang dibuat.
"Kita perlu menghormati keluarga mangsa walaupun ada di antara mereka yang berada di luar negara kerana kerana hal kematian merupakan perkara sensitif.
"Orang ramai perlu bersabar menunggu keputusan siasatan dan apabila diumumkan secara sah nanti barulah pihak kami siarkan," katanya pada sidang media berhampiran lokasi nahas.
Nahas helikopter pada Sabtu lalu telah mengorbankan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.
Turut Terkorban ialah pemilik Syarikat SP Baiduri Sdn Bhd, Datuk Tan Huat Seang; juruterbang Kapten Clifford William Fournier; Aidana Baizieva (rakan juruterbang) dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.
Operasi mencari bahan bukti di lokasi nahas yang bermula sejak Sabtu malam pula telah dihentikan pada hari ke lima (Rabu) setelah polis dan pihak penyiasat berpuas hati dengan bahan bukti yang ditemui.-Mstar
0 Response to " Henti sebar gambar-gambar mayat mangsa Heli - KP Selangor "
Catat Ulasan