10 Gambar : Punca Mat Rempit sebabkan kematian tragis Polis wanita ini

Kluang : Pegawai polis trafik wanita maut akibat dirempuh mat rempit ketika Ops Roda/Rempit di Kilometer 58 Jalan Batu Pahat-Mersing di sini, 2.40 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata kejadian ketika pegawai wanita terbabit, Inspektor Margaret Tagum Anak Goen, 32, sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota dan pasukan sukarelawan polis.










Ringkasan Kejadian : 
Pegawai polis yang parah dirempuh motosikal ketika sedang menjalankan Ops Roda/Rempit di kilometer 58 jalan Batu Pahat - Mersing, Kluang 2.45 pagi ini disahkan meninggal dunia sebentar tadi.
------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Selamat Pagi YDH Dato'/ Tuan.


Laporan kes menarik kemalangan jalanraya melibatkan pegawai kanan polis bersabit repot Trafik Kluang/5934/15
Pada 06/09/2015 jam lebih kurang 0130hrs Insp G/18718 Margaret Tagum Anak Goen (pegawai penguatkuasa Trafik IPD Kluang) bersama 5 anggota trafik dan 15 anggota PVR telah menjalankan Operasi Mat Rempit di Batu4 Jalan Batu Pahat-Mersing berikutan dengan maklumat orang awam mengatakan masih terdapat kegiatan mat rempit di kawasan itu. Jam l/kurang 0240hrs semasa mangsa bersama sepasukan anggota Trafik dan anggota PVR sedang membuat sekatan jalanraya di lokasi tersebut, sekumpulan mat rempit dalam jumlah 4 ke 5 buah m/sikal yang melalui jalan itu cuba meloloskan diri dan salah satu m/sikal no. JQF4998 telah merempuh seorang pegawai polis. Mangsa yang mengalami cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Hasil pemeriksaan dan xray mendapati mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri dan cedera pinggang.
Penunggang m/sikal no. JQF4998 turut mengalami cedera ringan di tangan dan kaki. M/sikal no.JQF4998 telah ditahan untuk siasatan lanjut.
1. No rpt: Trafik Kluang:59xx/15
Tarikh :06/09/2015 @ 0338hrs

2. Seksyen : 42 (1) APJ 1987.
3. IO kes : Insp. Rizal B. Ahmad
4. Pengadu.
Nama: Konst.18490xx Mohd Hafiz Bin Jefri
Alamat: Cawangan Trafik IPD Kluang.

5. Mangsa.
Nama: Insp G/187xx Margaret Tagum Anak Goen
Umur: 32 tahun
Jawatan: Pegawai Penguatkuasa Trafik
Alamat: Cawangan Trafik IPD Kluang.

6. Tangkapan (Penunggang m/sikal no. JQF4998:
Nama: Tun Muhammad Alif Bin Tun Tuah.
No. KP: 98xxxx-01-xxxx
Umur: 17 tahun
Alamat: ....... Taman Sri Kluang, 86000 Kluang, Johor.

7. Rampasan: (1) buah m/sikal no: JQF4998.
Terima kasih YDH Dato'/Tuan.

Operasi itu bermula 1.30 pagi. Namun, selepas sejam kemudian terdapat sekumpulan penunggang motosikal dari arah Mersing menuju bandar Kluang cuba meloloskan diri.

“Seorang daripadanya kemudian turut merempuh Margaret," katanya yang dihubungi, hari ini.

Mohamad berkata, Margaret yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sejak lima tahun lalu, kemudian dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

Katanya, dia dilaporkan kritikal akibat patah tangan kiri, tulang pinggul dan kaki selain pendarahan dalaman di perut sebelum disahkan meninggal oleh pihak hospital, 12.45 tengah hari ini. -HM , Malaysia Respond T

0 Response to "10 Gambar : Punca Mat Rempit sebabkan kematian tragis Polis wanita ini"

Catat Ulasan