Romania : Anak tidak berhati perut dan kejam. Ibu sedang nazak pun tidak dipedulikannya. Sungguh mengejutkan apabila seorang model Oana Zavoranu langsung tidak mempunyai sebarang perasaan apabila dimaklumkan bahawa ibunya, Marioara, mahu berbaik semula dengannya selepas sekian lama tidak bertegur sapa.
Ketika dimaklumkan oleh wartawan mengenai ibunya yang sedang nazak, Zavoranu hanya berkata “ hubungi saya apabila dia sudah mati”.
Jawapan Zavoranu itu mengejutkan wartawan kerana selepas itu dia membuat persembahan dalam sebuah rancangan televisyen.
Sejam selepas itu, Marioara meninggal dunia selepas beberapa hari dirawat di hospital.
Zavoranu dan ibunya bergaduh selepas wanita itu tidak gembira dengan tindakan anaknya menjadi tukang tilik nasib memandangkan Marioara seorang penganut kristian.
Mariora sebelum ini mengumumkan secara terbuka bahawa dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap anaknya itu dan mahu bertemu semula dengan Zavoranu.
“Saya hanya mahu dia tahu bahawa saya sayangkan dia dan mahu berdamai dengannya.
“Saya maafkan Oana sejak lama dulu dan saya maafkan dia sejak dia dilahirkan. Hasrat terakhir saya adalah untuk melihat kami berdua berdamai,” katanya.
Namun model berkenaan memaklumkan bahawa dia tidak mahu lagi ada kaitan dengan ibunya.
Kali terakhir mereka bertemu adalah ketika Oana muncul di hospital dan bertanyakan kepada ibunya mengenai harta pusaka.- BS Mynewshub.cc
0 Response to "Kejam : Apa salah ibu model cute ini tidak maafkan nya"
Catat Ulasan