Tampin : Bayi perempuan dipercayai berusia sehari yang masih mempunyai tali pusat meninggal dunia selepas dibuang dalam tangki pam tandas di stesen minyak di Pasir Panjang, Gemas, di sini, petang tadi.
Sumber polis berkata, bayi itu dibuang dalam tandas wanita di stesen minyak berkenaan.
Katanya, ketika ditemui pekerja stesen minyak itu pada kira-kira 5 petang, bayi berkenaan masih hidup, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran.
"Bayi itu meninggal dunia disebabkan lemas selepas dimasukkan ke dalam tangki berkenaan.
"Sehubungan itu, polis kini memburu individu yang membuang bayi berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan bayi itu. - HM
0 Response to "5 Gambar : Bayi tujuh hari mati akibat lemas dalam pam tandas "
Catat Ulasan