Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang cedera selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, murid lelaki itu ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira pukul 10 pagi.
"Pekerja yang sedang membersihkan tangga sekolah menemui murid yang berbaju sukan dalam keadaan tertiarap.
"Siasatan awal menunjukkan pelajar itu terjatuh dari bangunan sekolah dan mengalami kecederaan pada mata kanan dan kakinya yang disyaki akibat terseliuh," katanya.
Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan keadaannya dilaporkan stabil.
Kejadian itu menjadi viral di laman sosial sejak awal pagi tadi dengan terdapat kenyataan yang menyebut murid tersebut telah meninggal dunia.
Apa-apa pun allhamdulilah adik ini selamat sama-sama kita doa moga adik ini cepat sembuh -BS Credit Bernama
0 Response to "Pejelasan status kanak-kanak jatuh dari tingkat 3 sekolah "
Catat Ulasan