Kronologi gambar ngeri penemuan kubur pelarian di Perlis

Pembongkaran kes pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand menghiasi tajuk utama di dada-dada akhbar mahupun slot laporan berita di televisyen.
Lagi menggemparkan, jejak mangsa-mangsa yang dipercayai berasal dari Myanmar dan Bangladesh itu ditemui dalam keadaan menghayat hati kerana mereka telah pun mati dan ditanam di dalam kubur-kubur di sekitar kawasan tersebut.
Isu tersebut dilaporkan telah berlaku bertahun-tahun di Thailand, namun dipandang sepi oleh pihak berkuasa di sana.






Namun awal bulan ini, selepas penemuan 32 jasad dipercayai etnik Rohingya yang dikuburkan di satu kem rahsia di wilayah Songkhla terbongkar ke pengetahuan umum, maka Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-Ocha mengarahkan siasatan dilakukan dengan tegas bagi mengenal pasti dalangnya.
50 pegawai polis yang bertugas di kawasan itu turut ditukar serta-merta kerana disyaki bekerjasama dengan rangkaian sindiket penyeludupan manusia dan bertanggungjawab atas insiden berkenaan.
Mengambil inisiatif untuk mengekang aktiviti tersebut daripada berleluasa, Malaysia turut mengerahkan 300 anggota pasukan komando VAT-69 menggeledah hutan tebal di kawasan sempadan.
Hasilnya 25 Mei lalu, beberapa minggu selepas penemuan tragik di Thailand, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan terdapat 139 kubur dan 28 kem penempatan pelarian dijumpai dalam kawasan sempadan Malaysia di Wang Kelian, Perlis. -MNH

0 Response to "Kronologi gambar ngeri penemuan kubur pelarian di Perlis"

Catat Ulasan