Lawak Ketua Menteri Melaka kemalangan bikin gempar

Akibat jenaka dibuat pihak tidak bertanggungjawab kononnya Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron terbabit kemalangan jalan raya, Pejabat Ketua Menteri Melaka terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan perkara itu.

Pejabat berkenaan dalam satu kenyataan berkata, Idris kini berada di Kuala Lumpur menghadiri mesyuarat bersama Asean Development Bank berhubung Pelan Pembangunan Teknologi Hijau.

Katanya, turut serta adalah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Wira Naim Tahir dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Datuk Wira Md Yunos Husin.

Berikut adalah berita yang tersebar sejak petang tadi.

‘Ketua menteri melaka datuk seri ir ideris haron kemalangan kt ayer keroh keadaan 50-50.. van langgar depan depan.. berdoa semoga beliau selamat...’

Namun mengikut gambar yang tersebar sebuah van jenis toyata terlibat dalam kemalangan, terbabas di tepi jalan yang mana van terbabit melanggar " Banner " yang tertera gambar KM Melaka, ini lah yang di jadi kan poin oleh mereka yang tidak bertanggung jawab mengatakan KM Melaka itu kemalangan. - Hm

0 Response to "Lawak Ketua Menteri Melaka kemalangan bikin gempar "

Catat Ulasan