Putrajaya : Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang lapar nekad terjun dari balkoni rumah di tingkat dua perumahan penjawat awam di Presint 18 di sini, Khamis.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dalam rumah berkunci sejak pagi, mengalami kecederaan di mulut dan gigi.
Jiran kanak-kanak itu yang enggan namanya disiarkan berkata beliau terdengar dentuman kuat dan diikuti tangisan budak di luar rumah, dan terkejut melihat kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bawah blok perumahan tersebut.
Dia menangis dan minta saya menghubungi ibunya.
Apabila ditanya mengapa terjun, dia memberitahu dia takut dan lapar...nak pergi pejabat mama, katanya yang ditemui di sini Khamis.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu berkata kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.
Beliau berkata tiada laporan polis dibuat. -Mstar
0 Response to "4 Gambar : Budak perempuan terjun balkoni kerana lapar dan takut bersendirian"
Catat Ulasan