Bongkar identiti Pelawak Kasanova dari aibkan semua pelawak ?

Sebelum ini, seorang wanita telah tampil menemui Berita Harian dan mendedahkan apa yang didakwanya perilaku sebenar pelawak popular yang dikatakan ligat memperdaya ramai wanita, dan kini seorang lagi mangsa telah tampil mendedahkan perkara yang sama.
Malah lebih teruk lagi, kedua-dua mangsa mendakwa bahawa pelawak tersbeut turut menghantar mesej l*cah serta meminta gambar bogel daripada wanita berkenaan. Tidak hanya berkata-kata kosong, mereka turut tampil dengan bukti mesej perbualan di antara pelawak tersebut.
Mangsa terbaru Katherine (bukan nama sebenar), mendedahkan pelawak berkenaan tetap mengganggu dirinya yang sudah pun mempunyai teman lelaki malah dalam masa yang sama turut memberitahu bahawa dia bukanlah mangsa pertama perlakuan jijik pelawak tersebut.





Sementara itu, sebelum ini, menurut seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, pendedahan tersebut dilakukan adalah bertujuan memastikan tiada lagi wanita yang terpedaya dengan tipu helah pelawak lelaki tersebut lebih-lebih lagi sikap lelaki tersebut seakan yakin boleh terlepas dengan apa yang dilakukannya.
“Bukan saya seorang saja yang diperdaya serta ditipu oleh lelaki itu. Ketika melepak bersama kawan-kawan, saya terkejut kerana pelawak itu juga cuba untuk mengurat mereka”
“Ini bukannya tuduhan melulu kerana saya berani tampil membuat pengakuan berdasarkan bukti yang ada pada saya. Helah yang digunakan sama saja iaitu dengan meminta gambar bogel serta mahu berborak secara video call
“Beliau pandai berdrama membuat muka sedih meminta simpati dengan pelbagai kenyataan yang dibuat olehnya. Bukan setiap wanita murah dan termakan janji manis dengan begitu mudah. Saya harap dia segera berhenti membuat kerja bodoh sebelum jatuh kerana perangai buruknya sendiri,” jelas Sasha lagi.
Jadi bagi mengelakan semua pelawak terpalit dari permasalahan ini, sebaiknya di dedahkan bagi menunjukan kebenaran seperti apa kata Sasha. - Roti Kaya

0 Response to "Bongkar identiti Pelawak Kasanova dari aibkan semua pelawak ? "

Catat Ulasan