Seorang wanita, Kaitlyn Wells yang berusia 27 tahun dipecat kerana mengkritik majikannya di media sosial.
Wanita yang menulis, "Saya mula kerja baru hari ini, tetapi saya tidak suka untuk bekerja di taska,” melalui akaun Facebooknya mendapat pengajaran yang baik daripada majikannya.
Kaitlyn yang mengambil keputusan untuk meluahkan perasaannya melalui akaun Facebook telah menarik cukup banyak perhatian pengamal media sosial.
Tetapi malangnya, perkara ini telah disampaikan kepada majikan berkenaan. Kaitlyn yang baru mula berkerja sehari kemudian telah dipecat serta merta atas tindakannya.
"Tindakan itu benar - benar satu kesilapan besar. Saya tidak benci kanak – kanak malah saya mempunyai seorang anak.. saya sayang dia,” kata Kaitlyn dipetik dari laporan Metro. Uk.
Kaitlyn juga berkata bahawa dia tidak akan meluahkan perasaannya di media sosial selepas ini.
Selepas Kaitlyn dipecat, dia kemudian menulis sebuah kenyataan di Facebook dengan menyatakan dia telah melakukan satu kesilapan besar dan amat kesal dengan tindakannya itu.
“Saya sedih dan risau saya tidak akan dapat pekerjaan lain. Apa yang terjadi adalah kerana kebodohan saya sendiri,” katanya. - Mylunchpad
0 Response to "Gadis dipecat krtitik majikan di Facebook "
Catat Ulasan