Mereka seronok tanpa seurat benang di puncak Kinabalu

Tindakan sekelumpulan pelancong asing yang memuatnaik gambar yang memaparkan gambar mereka sedang berbogel di atas puncak gunung Kinabalu dan tindakannya itu telah menjadi viral di laman sosial.

Kerana tindakan pelancong tersebut telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.

Gambar tersebut telah diambil pada 30 Mei lalu dimana ia menunjukkan sekumpulan pelancong lelaki dan perempuan serenta telah bertelanjang bulat di puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan alasan 'membuang air kecil'.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS) Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata, pihaknya telah menjalankan sisatan berkaitan kejadian ini.

"Sikap pendaki ini menunjukkan perbuatan tidak menghormati kepercayaan segelintir masyarakat tempatan yang beranggapan gunung ini sebagai tempat suci mereka.

"Setiap pendaki juga sudah diberitahu mengenai perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan ketika mendaki gunung ini." katanya dipetik Harian Metro. - Siakap Keli 

0 Response to "Mereka seronok tanpa seurat benang di puncak Kinabalu"

Catat Ulasan