Black kenal pasti pelajar Universiti hina anaknya Beruk


Selepas meluahkan hasrat menyaman seorang pengikut Instagram yang memanggil anaknya beruk, penyanyi Black Hanafiah mendedahkan pula identiti indivdiu berkenaan adalah seorang pelajar universiti.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 28, berkata, individu tersebut yang merupakan seorang lelaki digesa untuk membuat permohonan maaf secara terbuka secepat mungkin sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Sekarang ini saya sudah mengetahui identiti individu yang menghina anak saya dan dia sendiri pun sudah tahu siapa orang yang saya maksudkan selama ini.

“Jika dia masih berdegil untuk tidak membuat apa-apa permohonan maaf, tindakan undang-undang terhadapnya akan segera diambil," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi, di sini, Selasa.

Black sebelum ini membuat laporan polis selepas seorang pengikut Instagram miliknya menggelarkan anak dia, Khaleef Dayyan yang lahir pada Januari lalu dengan panggilan beruk.


Dalam pada itu, Black berkata, dia memandang perkara itu sebagai serius kerana ia melibatkan anaknya dan menganggap individu terbabit cuma ingin mendapat publisiti murahan melalui komen di Instagram yang diberikan.

"Walaupun perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak tetapi bagi saya ia adalah suatu perkara yang serius kerana ia melibatkan maruah anak saya.

"Individu terbabit cuma menginginkan publisiti murahan saja dan sekarang saya beri dia peluang untuk mendapat publisiti tersebut dengan membuat permohonan maaf secara terbuka," tegas Black.

Tambah Black, tujuan dia mendesak individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka adalah untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama.-Mstar

0 Response to "Black kenal pasti pelajar Universiti hina anaknya Beruk"

Catat Ulasan