Jayapura: Enam mayat daripada 54 mangsa nahas pesawat ATR 42-300 Trigana Air Service Indonesia yang terhempas di pergunungan Papua sudah dikeluarkan dan dihantar ke pekan Oksibil.
Jurucakap tentera tempatan, Pudji Teguh Rahardjo, berkata 11 mayat lagi sedang dibawa keluar menggunakan jalan darat menuruni lereng gunung dan lebih 300 orang terbabit dalam operasi itu.
Menurutnya, selepas semua mayat berjaya dikeluarkan, ia akan diterbangkan ke bandar utama Papua, Jayapura.
![]() |
Sebahagian wang 6.5 Billion |
Pasukan penyelamat mahu menggunakan helikopter untuk mengangkut mayat berkenaan tetapi angin kencang serta cuaca buruk membahayakan keadaan.
“Dalam keadaan cuaca sekarang mustahil untuk menggunakan helikopter, jadi kami terpaksa menggunakan jalan darat,” kata Rahardjo.
Pasukan penyelamat yang mengambil masa dua hari untuk sampai ke lokasi nahas yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Oksibil, menemui pesawat ATR 42-300 itu berkecai dengan kesan hutan terbakar di tempat kejadian berserta mayat rentung.
Mereka juga menemui kotak hitam pesawat dan sebahagian daripada wang tunai 6.5 bilion, dana kerajaan untuk penduduk miskin di Papua. Sebahagian lagi wang itu terbakar.
Pesawat itu dalam penerbangan dari Jayapura ke Oksibil yang mengambil masa 45 minit sebelum ia terputus hubungan kira-kira 10 minit sebelum mendarat. - AFP
Related Posts :
Video : 10 gambar tragis kemalangan Myvi dan Pajero 3 beranak maut Video dan gambar kemalangan ngeri yang membabitkan 6 buah Myvi dan pajero malam tadi mengundang berbagai persoalan dan pandang masyarakat… Read More...
Video : Tangisan sayu anak pasangan Kemalangan di Duke Hari ini kita digemparkan dengan satu berita yang menyayat hati yang mana sepasang suami isteri serta bayi mereka yang berusia enam bul… Read More...
Budak lelaki di rantai pada tiang papan tanda di Bidor ? Melalui facebook page Perak Today gambar seorang kanak-kanak lelaki telah di rantai di tiang papan tanda telah menjadi viral. Berbagai… Read More...
Sayu : Myvi berlumba langgar Pajero suami isteri dan anak maut Dua anak menjadi yatim piatu ayah ibu dan adik nya maut dalam kemalangan akibat dari kecuaian 6 buah kereta Myvi yang berlumba sebelum me… Read More...
Erin Malik gemuk mengadung pun di kutuk Aktres drama bersiri Misiku Kuza, Erin Malek atau nama sebenarnya, Nur Arina Abdul Malek mendedahkan ada peminat yang memberikan komen be… Read More...
0 Response to "8 Gambar : Wang 6.5 Billion separuh hangus mayat bergelimpangan "
Catat Ulasan