Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di serang zombie di Putrajaya,namun anda jangan terkejut KJ disolek lengannya bersama belia yang bakal menyertai 'zombie walk' ketika beliau hadir di majlis pelancaran Festival Belia Putrajaya.
Festival tahunan itu berlangsung di Presint 4. bermula 22-24 Mei bertemakan 'Showcase of talent'.
Festival Belia Putrajaya 2015 yang akan diadakan pada 22-24 Mei ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Rakan Muda, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata sebagai 'pemilik' kepada festival dan selaras penjenamaan semula Rakan Muda, acara bertemakan Bakat atau "Showcase of Talent" itu memberikan peluang sepenuhnya kepada belia untuk menggerak dan mewarnai program berkenaan berdasarkan aspirasi golongan tersebut.

Lokasi festival tahunan itu juga turut berganjak ke Presint 4 merangkumi Dataran Gemilang sehingga ke Galeria Putrajaya Holdings berbanding tertumpu di sekitar Presint 2 dan 3 sahaja sebelum ini, katanya.
"Di sebalik segala perubahan dan kelainan fizikal yang dilaksana bagi memberi pengalaman yang lebih menarik kepada belia, penambahbaikan paling utama festival tahun ini adalah intipatinya, iaitu betul-betul digerakkan dan dipersembahkan oleh anak muda untuk tatapan anak muda," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis prapelancaran festival itu di sini hari ini, Khairy berkata dalam mengenal pasti, menggilap dan memperagakan bakat anak muda, penganjuran kali ini juga dibahagikan kepada empat zon utama iaitu Pemikiran, Komuniti, Seni dan Aktif.
Beliau berkata zon Pemikiran akan berunsurkan keusahawanan serta reka cipta, zon Komuniti akan menyerlahkan program kemasyarakatan manakala zon Seni dan Aktif pula masing-masing menampilkan bakat seni serta pengisian berlandaskan aktiviti sihat dan mencabar.
Acara ikonik festival seperti Belia Berselawat, Karnival Kerjaya Belia, Zombie Run, Jom Heboh dan Book Sale tetap dikekalkan di samping acara baharu yang diperkenalkan antaranya Fit Malaysia serta One Silat Championship, katanya.
Mengenai kos penganjuran, Khairy berkata sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk festival kali ini namun yakin penganjuran secara berhemah itu tetap boleh dilaksanakan dengan cemerlang dan berupaya menggamit kehadiran pengunjung.
Selain penyediaan program menepati citarasa golongan muda, Festival Belia itu sendiri sudah menjadi jenama yang mampu menarik kehadiran pengunjung, katanya.
Beliau berkata penganjuran terdahulu memerlukan peruntukan yang agak besar kerana terpaksa membeli iklan di media massa namun ia tidak lagi diperlukan sekarang hasil penyebaran di media sosial. - Bernama

0 Response to "3 Gambar : Khairy Jamaluddin di serang Zombie di Putrajaya"
Catat Ulasan