4 Gambar : Anggota trafik parah di langgar

Muar : Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Muar patah kaki selepas motosikal berkuasa tinggi dinaikinya dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan dalam kemalangan berhampiran IKBN Muar di sini, pagi tadi. 


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, anggota terbabit yang berusia 38 tahun dipercayai dalam perjalanan ke Johor Bahru atas urusan kerja. 

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini, untuk menerima rawatan lanjut. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Muar, berkata sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.43 pagi, sembilan anggota dengan kekuatan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.- BH

0 Response to "4 Gambar : Anggota trafik parah di langgar"

Catat Ulasan