Video : Lelaki hero selamatkan bayi tersangkut kepala dari jatuh

Seorang pekerja asing menjadi hero apabila membantu menyelamatkan seorang bayi kepalanya tersangkut  di celah pagar balkoni sebuah apartmen di Jurong East Avenue 1.
Menurut laporan Asiaone, kejadian dipercayai  berlaku pada hari Khamis, 23 April, sekitar jam 1 petang.
Blog tempatan Alvinology.com memuatnaik dua video dan melapor seorang wanita berteriak untuk bantuan apabila mendengar jeritan bayi.
Satu video menampilkan bayi dalam keadaan berayun dan menangis, cuba melepaskan diri daripada posisi yang menakutkan dari celah pagar balkoni tersebut.
Dalam masa yang sama, satu keriuhan boleh didengari di latar belakang video lain. Seorang pekerja asing kelihatan memanjat blok tingkat dua  untuk membantu bayi tersebut.
Orang yang lalu-lalang disitu  juga didengari berkata tiada orang dalam rumah tersebut.
Blog tersebut juga turut melapor bahawa seseorang telah mengetuk pintu rumah tetapi tidak ada sebarang respon. Kualalumpurpost

0 Response to "Video : Lelaki hero selamatkan bayi tersangkut kepala dari jatuh"

Catat Ulasan