5 Gambar : Hospital Bersalin Hello Kitty jadi tarikan

Watak kartun comel Hello Kitty digunakan sebagai tema di sebuah hospital bersalin bagi mengurangkan kesakitan para ibu ketika kontraksi.

Dari selimut dan sijil kelahiran untuk katil-katil bayi dan pakaian seragam yang dipakai oleh kakitangan, setiap aspek Hospital Hau Sheng di Yuanlin Taiwan Tengah ini akan dihiasi dengan motif watak kartun kucing ini.

Sebanyak 30 katil disediakan di hospital ini dihiasi patung Hello Kitty berpakaian seragam doktor.

Sepanjang perjalanan dari pintu masuk, para ibu akan dibawa menaiki lif berwarna merah jambu dan keseluruhan dinding hospital turut digantung poster watak kartun.



Bayi yang baru dilahirkan pula akan dilengkapi dengan set Hello Kitty termasuk selimut merah jambu atau biru, jururawat yang berpakaian seragam merah jambu dengan apron bertemakan kucing, sarung katil dan hiasan bilik yang bertema sama.

Pengarah Hospital, Tsai Tsung-chi membuka hospital berkenaan dengan kos £ 2 juta (RM 10.8 juta) di kampung halamannya itu selepas mendapat kebenaran daripada syarikat rekaan watak kucing induk Jepun itu, Sanrio Co Ltd.

Jelasnya hanya institusi perubatan seumpamanya telah diberi kuasa oleh syarikat itu untuk menggunakan tema Hello Kitty terbabit.

Tsung-chi berkata suasana yang bermotifkan watak kartun paling popular itu diharap akan meringankan kesakitan dan rasa takut untuk pergi ke hospital dan melahirkan anak.

0 Response to "5 Gambar : Hospital Bersalin Hello Kitty jadi tarikan "

Catat Ulasan