Mamat penyanyi yang ditahan Positif Dadah ?

Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat adalah insan yang telah di syaki ditahan kerana didapati positif dadah. 

Nama penyanyi popular 90an itu dikaitkan dengan berita penangkapan seorang penyanyi lelaki positif dadah disiarkan Harian Metro Online sebentar tadi, berikutan laporan tersebut memberi pembayang menjurus kepada Mamat. 

Akhbar tersebut telah menyebut suspek yang ditahan pernah memenangi tempat ketiga sebuah program realiti. 

Oleh itu, ramai pembaca mengandaikan penyanyi lelaki berusia 36 tahun yang ditahan itu ialah Mamat memandangkan dia pemenang tempat ketiga program realiti Gegarvaganza baru-baru ini. 

Harian Metro pada Jumaat melaporkan seorang penyanyi lelaki telah ditahan polis pada pukul 9 malam Khamis selepas ujian air kencing positif dadah jenis Amphetamine. 

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, penyanyi terbabit ditahan di kawasan Jalan Jelatek 2, Jelatek Business Park, Hulu Kelang. 

Suspek telah ditahan reman bersama dua wanita dan dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan. - Astro Gempak 

0 Response to "Mamat penyanyi yang ditahan Positif Dadah ?"

Catat Ulasan