Walaupun sentiasa sibuk dengan urusan harian dan juga persembahan, nampaknya Shila Amzah sempat meluangkan masa untuk melawat ibu Johan As’Ari yang kini terlantar di hospital kerana diserang strok kali keempat baru-baru ini.
Melalui Instagram milik Johan, pelakon ini menyatakan tanda terima kasih dan juga mendoakan Shila sentiasa maju di dalam karier nyanyian yang sedang diceburinya sekarang.
“Kepada kau yang tersayang, pada teman yang ku kenang @shahilaamzah. Hati suci mu terlalu kasih kepada ibunda hamba. Jazakillah! Take care and good luck for your career. Allahumma Amiin,” memetik kata-kata Johan di dalam akaun laman sosialnya itu.
Menurut pelakon Cinta Ilahi itu ketika ini, ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, masih dirawat di Hospital Serdang. Buat Johan kami doakan agar ibu anda cepat sembuh seperti sedia kala. Ini masa terbaik untuk anda membalas kembali jasa ibu. Johan pasti rindu masakan ibu, bukan ?-rtky
0 Response to "Shila Amzah lawat ibu bekas kekasihnya Johan Asari di Hospital "
Catat Ulasan