Benjy di tahan lagi kali ke 4 pagi tadi, selepas kali ke 3 March lalu

Johor Bahru : Seorang pelakon lelaki yang pernah ditahan kerana rumahnya dijadikan pusat memproses dadah di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu, ditahan untuk kali keempat bersama beberapa bahan memproses syabu dalam sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, pada jam 1.40 pagi tadi.

Difahamkan, pelakon lelaki yang juga anak dramatis berusia 41 tahun itu ditahan bersama rakan lelakinya berusia 28 tahun, di depan stesen minyak di Pagoh.

Kedua-dua lelaki yang menaiki kereta itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya sebelum pemeriksaan di bahagian dalam kereta menemui beg berisi empat paket plastik dipercayai dadah jenis syabu seberat 52.27 gram di tempat duduk pemandu.

Difahamkan, pemeriksaan di dalam kereta itu membawa kepada penemuan satu paket dadah dipercayai syabu seberat 1,073 gram dan satu bekas plastik mengandungi bahan dipercayai syabu seberat 193 gram.

Selain itu, pemeriksaan di bonet kereta menemui beberapa peralatan termasuk dapur elektrik, pengering, balang kaca dan corong kaca dipercayai untuk memproses syabu.

Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi memaklumkan akan membuat sidang akhbar esok. - HM

0 Response to "Benjy di tahan lagi kali ke 4 pagi tadi, selepas kali ke 3 March lalu "

Catat Ulasan