Sayu : Ayah jumpa anak lelaki nya mati tergantung (4Gambar)

Kuala Krai :  Seorang lelaki berusia 20 tahun ditemui mati tergantung di depan rumahnya di Guchil Empat, di sini, pagi semalam.

Mayat mangsa warga Myanmar yang mempunyai kad pengenalan sementara Malaysia ditemui oleh bapanya pada jam 7 pagi, ketika membuka pintu rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, mayat mangsa ditemui tergantung menggunakan tali nylon yang diikat di anjung rumah berkenaan.



"Punca kejadian tidak dapat dipastikan kerana mangsa didapati tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga atau rakan-rakannya.

"Bagaimanapun, pihak keluarga memaklumkan bahawa mangsa mempunyai masalah mental selepas terlibat dalam kemalangan sebelum ini," katanya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan. -SINAR

0 Response to "Sayu : Ayah jumpa anak lelaki nya mati tergantung (4Gambar)"

Catat Ulasan