Video : Subahanallah !! 65 terkorban mayat bergelimpang tragedi kren tumbang di Masjidil Haram

Makkah: Sekurang-kurangnya 65 terkorban dan 80 cedera setakat 1.30 pagi tadi waktu Malaysia dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, lapor Arab News.

Kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang tadi waktu Arab Saudi dan daripada 80 yang cedera itu, empat daripadanya dipercayai jemaah Haji Malaysia.

VIDEO SAAT KREN JATUH KLIK SINI 


Difahamkan, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut yang melanda Tanah Suci selepas waktu Asar.
Menurut beberapa penduduk di sini, hujan lebat berkenaan adalah fenomena yang agak luar biasa kerana ia kali keempat dalam tempoh sebulan.

Malah, berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi cuaca diramalkan panas dengan suhu antara 40 hingga 42 darjah Celsius.

Beberapa hari lalu, jemaah haji di sini turut dikejutkan dengan kejadian ribut pasir yang melanda Makkah.

Suasana di sekitar bandar juga kedengaran bunyi ambulans yang dipercayai membawa mangsa yang cedera.

Kawasan Masjidil Haram kini giat dengan kerja pembesaran. Al-fatihah -HM 

0 Response to "Video : Subahanallah !! 65 terkorban mayat bergelimpang tragedi kren tumbang di Masjidil Haram"

Catat Ulasan