Kuala Lumpur : Pelumba pelapis berbasikal lebuh raya negara, Nur Rozi Yanti Mat Rodzi yang terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan, kini bertambah baik.
Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad dalam kenyataannya melalui aplikasi Whatsapp kepada media berkata, Nur Rozi kini sudah boleh bangun dan duduk.
"Alhamdulillah...salur oksigen hidung sudah dicabut, hari ini Nur Rozi cuma gunakan oksigen mulut sahaja. Paru-parunya makin berkembang dengan elok. Pagi tadi dia sudah bangun dan duduk di kerusi.
"Nur Rozi juga sudah boleh makan dan minum seperti biasa," katanya mengenai keadaan Nur Rozi, selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Km19, Lebuhraya Silk Kajang pada Sabtu lepas.
Nur Rozi berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan pada Ahad lepas dan keadaannya dilaporkan stabil selepas itu.
Pelumba berusia 17 tahun itu terlibat dalam kemalangan pada pukul 9.45 pagi ketika menjalani latihan bersama pelumba lain.
Laporan awal polis sebelum ini menyebut Nur Rozi Yanti terjatuh daripada basikalnya ketika membetulkan kedudukan kakinya yang kebas sebelum dilanggar van pengiring yang mengekorinya.- Bernama
0 Response to "3 Gambar : Keadaan Nur Rozi selepas seminggu di gilis Van pengiring basikal "
Catat Ulasan