Pengguna Vapor Di Kecam, Tak Sensitif

Pengguna Vapor Di Kecam, Tak Sensitif | Seorang pengguna rokok elektronik atau 'vapor' didakwa tidak sensitif terhadap orang awam selepas menghisap alat berkenaan di sebuah pusat membeli-belah popular, semalam.

Pengguna Vapor Di Kecam, Tak Sensitif

Melalui laman Facebook, satu video yang menunjukkan konfrantasi antara seorang pengunjung kompleks berkenaan dengan pengguna vapor.

"Saya terserempak dengan seorang vaper yang menghembuskan vapornya ke kalangan orang ramai di dalam pusat beli-belah tanpa berasa sensitif terhadap pandangan orang ramai yang berada berhampirannya," kata Keith Looi.

Menurut Keith, isteri dan anak-anak pengguna vapor tersebut juga berada di lokasi insiden.

"Saya dengan cara bersopan menegur abang tersebut supaya tidak menghembuskan vapornya di dalam pusat beli-belah dan agar berasa sensitif terhadap khalayak orang ramai di situ.

"Tetapi abang tersebut tersinggung malah berbalah balik tanpa berasa bersalah," ujar Keith.

Difahamkan, Keith yang juga seorang pengguna vapor dan pemilik sebuah Vapeshop kecewa kerana segelintir pengguna vapor sendiri yang memberi nama buruk terhadap aktiviti tersebut.

"Vape dengan rasa tanggungjawab dan amalkan 'vaping etiquette' yang betul," tegas Keith.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian majoriti pengguna vapor dan rata-rata mengkritik pengguna vapor berkenaan sebagai tidak sensitif.

"Adab rokok dan vape sama je... kau ingat semua orang suka asap yang kau sembur?" kata Hazwan.

"Tidak beretika. Orang seperti ini yang memberi malu kepada pengguna vapor lain," kata Kamal.



Seorang Vaper yg menghembuskan Vapornya ke kalangan orang ramai di Shopping Mall...tanpa rasa Sensitif terhadap pandangan orang yg berada berhampiran...
Posted by Kezoom on Tuesday, 1 September 2015


sumber
http://ift.tt/1hCTZGm

0 Response to "Pengguna Vapor Di Kecam, Tak Sensitif"

Catat Ulasan