Maria Chin Enggan Jawab Punca Duit Derma RM2.4 Juta | Penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah enggan mendedahkan kepada polis mengenai akaun derma bernilai RM2.4 juta yang diperoleh pihaknya untuk penganjuran perhimpunan haram itu di ibu negara pada Sabtu dan Ahad lalu.
Maria berkata, beliau mempunyai hak untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan dan bersedia ke mahkamah sekiranya didakwa.
“Sepanjang proses siasatan kami beri kerjasama penuh kepada polis, tetapi kami juga menjalankan hak untuk tidak menjawab semua soalan,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai kenyataan yang diberikan kepada pihak polis hari ini berhubung perhimpunan Bersih 4.0.
Beliau ditemui berhampiran pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.
Turut diambil kenyataan ialah enam lagi aktivitis propembangkang yang juga terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu iaitu Timbalan Pengerusi Bersih 4.0, Sarajon Huda Abdul Hassan; Bendahari, Masjaliza Hamzah; Ahli Jawatankuasa, Farhana Halim dan Fadiah Nadwa; Ahli Sekretariat, Mandeep Singh serta aktivis pelajar, Adam Adli.
Kesemua mereka hadir pada pukul 10.30 pagi dengan ditemani 10 peguam antaranya, Datuk S. Ambiga, Latheefa Koya dan Eric Paulsen dan selesai memberi keterangan kira-kira dua jam kemudian.
Siasatan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 120, Seksyen 124C dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan atas dakwaan menyembunyikan rancangan untuk melakukan suatu kesalahan, cuba menimbulkan dan mengganggu gugat demokrasi berparlimen di negara ini serta mengadakan perhimpunan haram. Mandeep turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.
Dalam pada itu, ditanya mengenai tuntutan kos pembersihan berjumlah RM65,000 seperti yang disebut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan semalam, Maria menegaskan pihaknya tidak akan membayarnya dan meminta supaya perkara itu dibuktikan di mahkamah.
“Kemukakan bukti, kita akan jawab di mahkamah,” katanya.
Menjawab soalan pemberita mengenai dua wanita yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Maria tidak pasti individu terbabit merupakan peserta perhimpunan itu memandangkan pihaknya tidak dapat mengawal tingkah laku mereka yang terlalu ramai.
Bagaimanapun, beliau meminta supaya individu terbabit tampil menyerah diri kepada polis untuk siasatan.
“Selaku penganjur, saya bertanggungjawab secara tidak langsung atas perbuatan dua wanita itu dan kesal dengan apa yang berlaku. Saya harap mereka juga dapat mengambil tanggungjawab dan tampil memberi kerjasama kepada polis,” katanya.
Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pihaknya akan tetap menghantar bil tuntutan kos pembersihan berjumlah RM65,000 kepada penganjur perhimpunan haram Bersih 4.0.
“Saya tidak kisah, bil itu tetap akan saya hantar ke Bersih. Dalam tempoh sehari dua ini, kita akan hantar bil kepada penganjur perhimpunan haram itu,” kata beliau.
sumber
http://ift.tt/1JPCLQY

0 Response to "Maria Chin Enggan Jawab Punca Duit Derma RM2.4 Juta"
Catat Ulasan