Nenek Maut Di Bunuh Cucu Gara-Gara Tak Tahan Di Leter

Nenek Maut Di Bunuh Cucu Gara-Gara Tak Tahan Di Leter | Gara-gara tidak tahan mendengar leteran nenek yang memintanya mengutip buah duku, seorang cucu bertindak menetak sampai mati warga emas itu dalam kejadian di Kampung Surau Haji Daud, Chendering.

Nenek Maut Di Bunuh Cucu Gara-Gara Tak Tahan Di Leter

Mayat Halimah Taib (gambar kecil), 78, ditemui pada pukul 9.30 pagi dalam keadaan terbaring berlumuran darah akibat tiga kesan tetakan di laman rumahnya.

Sebelum kejadian, jiran mangsa, Endon Awang, 51, berkata, mangsa dikatakan berada di laman rumahnya dan sempat memanggil penjual sayur yang menaiki kereta untuk membeli sotong.

“Selepas penjual sayur itu memberitahu sotong tidak ada, mangsa hanya diam sebelum saya yang sedang memilih ikan terkejut mendengar jeritan mangsa,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Endon memberitahu, dia yang menoleh ke arah mangsa terkejut melihat warga emas berkenaan sudah terbaring manakala seorang lelaki iaitu cucu mangsa berada di belakangnya.

Menurut wanita itu, dia yang takut melihat keadaan mangsa dan cucunya terus lari ke rumah jiran untuk meminta bantuan.


“Saya, suami dan jiran kemudian pergi semula ke rumah mangsa dan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa.

“Cucu mangsa ketika itu masih berada di situ dan berkata: ‘Ambo minta maaf. Ambo yang bunuh’, sebelum dia melarikan diri dengan menaiki motosikal,” kata Endon sambil memberitahu dia tidak begitu mengenali cucu mangsa.

Sementara itu , menantu mangsa, Raziah Sulong, 48, berkata, ibu mertuanya tinggal di rumah itu bersama suspek sejak seminggu lalu.

sumber
http://ift.tt/1hTzWDI

0 Response to "Nenek Maut Di Bunuh Cucu Gara-Gara Tak Tahan Di Leter"

Catat Ulasan